salam sejahtera pada semua sahabat dan saudara

Isnin

 
 
PERJUANGAN ISLAM YANG SEBENAR

Memperjuangkan Islam bukan sekadar
memberitahu halal dan haram,
Membangunkan Islam bukan cukup
hanya mengecap seseorang itu bidaah,
sesat, fasik, munafik, ekstrim dan melampau,

Memperjuangkan Islam bagaimana
menyuburkan tauhid dalam fikiran,
Siapa yang takutkan Tuhan
dan mencintai serta menghayati Tuhan,
Agar Tuhan jadi tempat rujuk
dan tempat menaruh harapan,

Tuhan dibesarkan, diagungkan
bahkan tempat sandaran insan,
Hingga Tuhan diingati dimana-mana
dan dirasakan Tuhan adalah segala-galanya,
Dari sini barulah orang ingin bersyariat
sebagai melahirkan cinta kepada Tuhan,

Dari sini orang akan cinta mencintai sesama insan,
Orang akan bersatu padu, rasa bersama
dan bekerja sama, lahir timbang rasa,
mengutamakan orang lain, khidmat sesama
manusia kerana Tuhannya,

Orang kaya menjadi bank
kerana pemurahnya, inginkan pahala dari Tuhannya,
Cerdik pandai tawadhuk, yang bodoh merujuk,
yang miskin sabar di dalam hidupnya,

Begitu juga berjuang menunjuk jalan
bagaimana mengutamakan akhirat,
Menggunakan apa yang ada pada diri manusia,
Memberitahu bagaimana bersatu di dalam Islam,
Maju secara Islam, berhibur mengikut Islam,
Menunjuk jalan bagaimana berekonomi menurut Islam,
Bermasyarakat secara Islam,

Yang lebih penting para pejuang di dalam diri mereka
ada role model untuk diikut,
Ibadahnya, perpaduannya, masyarakatnya,
ekonominya, keluarganya, kebersihannya,
kasih sayangnya, kerjasamanya dan lain-lainnya,
Inilah dia perjuangan Islam sebenarnya,

Bukan sekadar cakap-cakap, slogan dan syarahan,
Yang lebih awal daripada semua itu,
Para pemimpin Islam ada ilmu untuk disarankan,
Untuk pimpinan dan didikan,
Ia merupakan panduan untuk insan yang ada kemahuan,
Bukan sekadar slogan, gesaan dan semangat-semangat
 yang tidak ada panduan,

Kalau cara itu umat Islam berjuang cepat membatalkan tujuan,
Kalau tidak hanya angan-angan bahkan membawa perpecahan,
Para pejuang mestilah cukup persiapan,
Persiapan ilmu, role model kepada manusia yang hendak disedarkan,
Kalau begitu berjuang bukan mudah dan senang tapi amat mencabar,
Bukan seperti makan minum dan berpakaian serta hiasan,

Tiada ulasan: