salam sejahtera pada semua sahabat dan saudara

Rabu

Mengumpan mangsa yang lalai




SERING kita digemparkan dengan kes-kes jenayah siber membabitkan penggodam profesional yang menceroboh laman-laman web kerajaan dan bank-bank bertaraf antarabangsa.
Perbuatan itu mengakibatkan kerugian dan kerosakan, termasuk pindahan wang bernilai jutaan ringgit. Akhirnya, kes-kes berkenaan dilupakan begitu sahaja.
Kes sedemikian seakan-akan tiada kesan jangka panjang kepada sesiapa pun, sedangkan masyarakat seharusnya berasa bimbang. Semua itu boleh bermula dengan pembabitan akaun e-mel peribadi yang sering dilihat sebagai tidak mempunyai nilai.
Jarang kita mendengar laporan mengenai kecurian maklumat peribadi disiarkan media cetak dan elektronik. Isu ini mungkin kecil tetapi kesannya kepada individu amat besar kerana kecurian maklumat peribadi yang dimanipulasi ibarat kecurian maruah yang tidak dapat dikembalikan.
"Akaun peribadi kawan saya diceroboh seseorang dan ia digunakan untuk menghantar e-mel berbentuk lucah kepada teman-teman, rakan sekerja, klien-klien dan majikan kawan saya.
"Kesannya, kawan saya dibuang kerja kerana dituduh sebagai individu tidak beretika dan memalukan organisasi tempatnya bekerja,"
penggodam tidak semestinya di kalangan mereka yang profesional dan mempunyai pengetahuan teknikal dalam teknologi maklumat. Sesiapa sahaja boleh menjadi penggodam demi melaksanakan niat jahatnya apabila terdesak.
"Hari ini, seorang kanak-kanak juga boleh menjadi penggodam kerana ia sangat mudah dilakukan. Tambahan pula, maklumat mengenai teknik menggodam begitu mudah didapati di Internet.
                       kesilapan kecil blh bwa bnyak perkara buruk kepada mangsa


"Masyarakat juga perlu tahu, jenayah siber bukan sahaja membabitkan penggodaman komputer, tetapi ia hadir dalam banyak bentuk iaitu penipuan, pencurian identiti, spam, phishing, pencurian data, spyware, malware dan sebagainya," katanya.
mangsa boleh terdiri daripada individu mahupun organisasi kecil dan besar. Jejak jenayah itu pula sukar dikesan malah rumit dihentikan setelah terjadi. Ia sekali gus memberikan impak negatif jangka panjang kepada mangsa.
"Penjenayah siber sering memilih laman web yang meniti populariti seperti laman web membeli belah, perbankan, serta laman-laman lain yang sering meminta data peribadi dan maklumat kewangan dengan tujuan menipu pengguna.
"Selain itu, dengan populariti diraih laman web Facebook dan Twitter, risiko untuk berlaku kecurian maklumat peribadi, gambar-gambar dan video amat tinggi apatah lagi penggunanya dilihat amat mudah mendedahkan maklumat masing-masing,"
etika siber
Untuk mengelakkan diri menjadi mangsa, terlebih dahulu kita perlu faham apakah jenayah siber, dan bagaimana ia mampu memperdayakan kita.
"Dalam erti kata lain, seseorang itu mesti mempunyai etika siber kerana melaluinya, kita mampu meminimumkan kesannya dengan mengajar diri sendiri dan orang lain mengenai penggunaan Internet secara selamat dan bertanggungjawab,"
setiap pengguna Internet mesti melaksanakan etika siber yang baik termasuk memahami risiko perlakuan tidak bertanggungjawab dan mempelajari kaedah melindungi diri sendiri dan pengguna lain daripada terjebak.
"Kita sering melihat permasalahan akibat jenayah siber yang dilakukan individu tertentu yang paling kita percayai.
"Kepercayaan hanya boleh wujud melalui perkahwinan, politik, perniagaan dan persahabatan tetapi tidak melalui Internet. Pastikan sumber yang diperolehi disiasat dan disahkan sebelum kita memberi apa-apa maklumat,"
selain itu pengguna juga perlu melabur untuk membeli program antivirus yang baik, mengemas kini kata laluan, belajar untuk membuat kata laluan yang selamat serta tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali serta meletakkanfirewall.
"Pilihan perisian keselamatan terlalu banyak di pasaran tetapi itu tidak menghapuskan risiko digodam. Seperti produk-produk pengguna lain, perisian antivirus ada yang baik, sederhana dan kurang bagus.
"Pengguna mesti bijak memilih sesuatu produk daripada pelbagai penyedia program sama ada dikenali, kurang dikenali atau baru dalam pasaran mengikut keperluan masing-masing," 
program antivirus sahaja tidak cukup kerana pengguna mesti meletakkan keselamatan pada satu tahap lebih tinggi, iaitu dengan meletakkan firewall, perlindungan identiti dan sebagainya.
"Keselamatan siber bermula dari rumah dan kesedaran itu mengikut kita ke mana-mana sahaja termasuk di tempat kerja. Ia adalah tanggungjawab setiap orang yang menyentuh papan kekunci,"
Laporan kes
Menurut CyberSecurity Malaysia, sebanyak 4,000 kes jenayah siber dilaporkan di Malaysia sejak dua tahun lalu.
Pada 23 Februari lalu, ZDNet Asia pula melaporkan 75 peratus responden di rantau ini mengatakan sistem mereka diceroboh penjenayah siber pada tahun 2009.
Ia didahului oleh New Zealand dengan 100 peratus responden dimengaku diceroboh, diikuti Australia (82 peratus), Jepun (76 peratus), Hong Kong (75 peratus), Singapura (66 peratus) dan Malaysia (50 peratus), berdasarkan kes yang dilaporkan.
Dalam pada itu, maklumat terkini melalui MyCert.org.my, orang ramai diminta berwaspada dengan kemungkinan penggodam memuat turun dan memasang perisian yang tidak sah kepada sistem pengguna yang menggunakan Adobe Download Manager.
Ia dilakukan dengan menipu pengguna supaya mengikut tautan tertentu atau melawat laman web 'jahat'. Majoriti perisian Adobe Acrobat dan Adobe Reader terdedah kepada risiko berkenaan.
Statistik mengenai jenayah siber serta maklumat terkini berkaitan isu keselamatan siber boleh dilihat melalui laman web MyCert.org.my.



Tetikus 18 butang

teknologi la ni





tetikus pertama di dunia yg menyokong lbh daripada 52 arahan melalui 18 butang dan satu joystick analog. Inilah kehebatan OpenOfficeMouse, tetikus baru yang diperkenalkan WarMouse dengan kerjasama OpenOffice.
Gajet terbaru itu direka bentuk khas untuk aplikasi pejabat dan membolehkan penggunaan aplikasi yang lebih efisien berbanding sebelumnya. Ia juga sesuai untuk kebanyakan perisian kompleks.
Kesemua 18 butang OpenOfficeMouse boleh ditetapkan fungsinya, malah roda tetikusnya juga boleh diklik. Butang-butang itu juga terdiri daripada tiga mode berbeza iaitu Key, Keypress dan Makro.
ni lagi contoh tetikus
 Microsoft Wireless Notebook Optical Mouse 3000 - Slate

Selain itu, ia dilengkapi memori flash sebanyak 512k, sokongan kepada lebih 63 profail aplikasi yang boleh ditetapkan pada tetikus dan sokongan terbina kepada lebih 20 aplikasi termasuk Adobe Photoshop, GIMP, World of WarCraft dan Call of Duty.

Logitech Performance Mouse MX
tetikus logitech perfomance mouse MX
OpenOfficeMouse turut membawakan sokongan kepada sistem operasi Windows, Linux serta Macintosh.
Ia boleh didapati mulai April ini atau boleh dibeli secara dalam talian di www.warmouse.com dan www.oomouse.com pada harga AS$74.99 (RM248) untuk tetikus gambar atas sekali..

askum VS As Salam


Pagi semalam dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasullullah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz “assalamualaikum” dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh “waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Beri salam – assalamualaikum”
Jawab salam – “waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh”
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…
Bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH ye”
Dan bukannya ” Kirim salam maut” statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
H&R Block At Home 2009 Deluxe Federal + State + eFile [Formerly TaxCut]
Janganlah kita menggantikan perkataan
“Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
“As Salam” iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A’kum dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.
“Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot”
Maksud singkatan ” A’kum”
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang
bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum”, kita ingatkan
dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.
kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.
ingat tau apa apa pun jangan guna sangat short form tanpa tahu maksud sebenar,,,
tanya lah pada pakar.
wassalam///

P3 International P4400 Kill A Watt Electricity Usage Monitor

preview filem dua ALAM

pastikan anda sokong sama filem melayu kita\\\
apa kurang nya filem yang hasil titik peluh anak melayu kita???



RAMLI SARIP-ANDAI KU TAHU- FILEM 2 ALAM

ini adakah petikan dia kalau saudara tak tak tengok mmg rugi gila tgk klip dia pun dah mantap///
bnyak teladan dia///

Maju dan terus maju


JITRA, 6 Mac (HPM) –Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) akan menganjurkan satu konsert yang menampilkan penyanyi terkenal tanah air, Ramli Sarip di Johor Bahru.
Konsep konsert ini adalah bertemakan filem 2 Alam dan Ramli Sarip akan muncul sebagai penyanyi utama yang akan membawakan lagu tema daripada filem berkenaan.
Menurut DDR, konsert ini merupakan konsert yang terbesar dan salah satu usaha untuk mempromosikan filem 2 Alam terbitan daripada produksi beliau sendiri, dR Movie Production.
“Konsert ini akan dibuat sebelum bermulanya tayangan filem 2 Alam di pawagam dan saya masih lagi mensasarkan kutipan sebanyak RM12 juta bagi filem ini,” katanya.
Selain daripada konsert, diselitkan juga slot motivasi yang akan dikendalikan oleh DDR sendiri khusus untuk penonton yang hadir.
Penganjuran konsert berkenaan diharap akan dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk turut sama memberi sokongan kepada filem 2 Alam yang akan ditayangkan 8 Mei ini di pawagam.
Bagaimanapun, tarikh dan lokasi sebenar konsert berkenaan akan diberitahu kelak.

konsert raksasa woooo

The Twilight Saga: New Moon [Blu-ray]


JITRA, 17 Mac (HPM) – Pemilik produksi dR Movie Production, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), menyifatkan filem 2 Alam sebagai filem 1 Malaysia.
Menurut beliau, 2 Alam mampu menyatukan bangsa, 2 Alam mampu menyatukan insan seni, 2 Alam mampu menyatukan perpaduan dan 2 Alam mampu mengembalikan keinsafan insan.
“Filem 2 Alam merupakan jawapan kepada permulaan kegemilangan industri filem negara dalam tempoh 40 tahun lalu.
“Kepada sesiapa yang tidak menonton 2 Alam pasti kerugian sepanjang zaman,” katanya.
Filem bergenre seram dan penuh dengan unsur keinsafan ini akan menemui penonton di pawagam bermula 8 Mei ini dan DDR mensasarkan sebanyak RM12 juta bagi kutipan filem berprofil tinggi ini.

Isnin




Rabu

Sekadar renungan saudara 30\\\

Sedarkah kamu akan perjuangan kamu yang telah lari dari perjuangan Rasulullah yg sebenar. Janganlah sesekali kamu berjuang di atas nama bangsa. Kerana Rasulullah SAW telah melarangnya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Renungilah juga arahan Saidina Ali Abi Talib kepada Malik Al-Ashtar, yang dipilih menjadi wakilnya di Mesir "Apabila penduduk di bawah jagaan kamu menghadapi bebanan hidup, bersungut kerana kerosakan tanaman mereka, kerana rosaknya tali air atau kerana hujan tidak turun atau kerana berubahnya keadaan bumi ditenggelami banjir atau dimusnah kemarau, ringankanlah kesusahan mereka sebagaimana kamu akan berusaha menyelesaikan masalah yang sama yang menimpa pada diri sendiri. Sesungguhnya, kerosakan yang berlaku pada bumi berpunca daripada kesengsaraan hidup penduduknya dan penduduknya sengsara apabila orang yang memerintah negeri asyik mengumpul harta untuk kepentingan sendiri, apabila mereka sendiri tidak yakin akan kekalnya pemerintahan mereka dan apabila mereka tidak mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian tidak baik (yang berlaku di sekeliling mereka)".

Begitu juga dengan kata-kata khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Pada hari kedua beliau dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata, “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad SAW dan tiada kitab selepas al-Quran. Aku bukan penentu hukum malah aku adalah pelaksana hukum Allah SWT. Aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik di kalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya di kalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah SWT”. Beliau kemudian duduk dan menangis. "Alangkah besarnya ujian Allah SWT kepadaku", sambung Umar Ibn Abdul Aziz. Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isterinya, “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” , beliau menjawab, “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah SWT dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan dan para fuqara’ kaum Muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat menjawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah SAW’’. Isterinya juga turut mengalirkan air mata.

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWT berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

pembawa kebenaran

Ku bUka leMbaran maSA laLu
D maNa banYak tERsimpAN kENangAN,pERjuaNGan,dAN kepAHitan
TeRfikir d beNak Ku
BetAPa pediHnYA dUNia iNi
MenYiksa,mEmbUnuh,mEmfitNah oRaNG yaNg taK bErsaLah
HaRI deMI haRi beRlaLu
TaHUn deMi tAHun mEnEPi
LaHIrlaH …
SeoRang pEMbawA kEBenARan
PeNEgaK ISlam
PEMbeRi caHayA kaLbu
MenERangi duNIa yaNG gELap aKan keMaksiaTAn,dAn keMusyIraKan
SeoRang pemBawa KEbeNAran
Yang taK leLah aKAn pePeranGAn,pERmusUHan,dAN kEBenciAN….
SeORang pEMbawa kEBenaRAn
YaNG mEmbaWA kITa mENuju tEMpaT

Aku ingin menulis
Kisah galur pahlawan lama
Gemilang bintang masyhurnya
Bergenang kasih jelata
Berwarna langkahnya.

Jalannya hampir ke penghujung
Badan penuh calar luka
Kesan juang di medan perang
Memikul beban tak tertanggung
Keris ditangan tak pernah tersarung.

Aku ingin menulis
Pahlawan mashyur keluar gelanggang
Masih berpencak di medan perang
Bergetar tangan yang lemah
Suara lantang dari yang gagah.

Akan ku rakam nafas keluhmu,
Risau malam nan panjang
Entah esok masih ada
Bangsa dirayu pedagang berwang
Menawar nilai sebuah takhta
kan melebur sebuah bangsa.

Ahh, pahlawanku terus gelisah,
Bangsa nan lemah bertempur sesama
Atas garis pilihan warna
Merebut tongkat kesaktian
kelabu membeda
Mana teman mana haruan.

Aku pasti menulis
Tentang pahlawan itu
Berapa kali khilaf langkahnya
Dalam memilih gadingan
Yang megukir sejarah sampingan
Dari laluan sebuah bangsa.

Kan ku terus menulis,
Bangsaku di simpang penentuan
Untuk hidup atau kehilangan
Yang asyik dengan yang asyik
Terasing dalam kepuknya
Itu pun jika ada rasa ‘Melayu’nya.

Anakku,
Bertabur seni tarimu
Gendang siapa di palu
Sehingga terlena
Terjaga dalam keasingan siang.

Ku paksakan terus menulis,
Walau Pahlawan lama kan pulang
Keris terbang mencari tuan.

Hembuskan tunas bangsa keTuhanan
Bangunkan dari dengkur tidur panjang
Dayungkan bahtera ke laut gelombang
Masyhurkan di segala medan
Gempitakan dipersada alam.

Engkau tetap dalam kenangan\\\